Thursday, March 4

Itu Sekadar Roti Saja

hidup kita boleh di ibaratkan sebagai roti.
tak kesahlah roti itu roti bun atau roti arab mahu pun roti gardenia.
untuk menjadikan roti mesti ada bahan-bahannya
tepung, ragi, telur kalau nak inti pun boleh.
kalau nak jadikan orang itu orang ingredients pun kena betul.

lepas dah campur bahan-bahan semua kenalah menguli
kalau uli itu bagus nanti baguslah roti itu
kalau macam #@$% hampeh lah roti itu
setiap uli itu adalah didikan jikalau didikan itu bagus maka eloklah orang itu

setiap roti ada acuan tersendiri
bulat acuan itu bulatlah roti itu hasilnya
tak kan lah jadi petakkan.

nak letak topping pun boleh juga
kalau lagi banyak benda letak untuk topping banyaklah enrichment yang dapat.

akhirnya terhasilnya roti (selepas dibakar)
antara dua sahaja lepas terhasil sedap atau tidak

kalau sedap bolah dijual ada untung

kalau tidak macam mana? tong sampah? bagi binatang dekat zoo makan?
nenek aku dulu cakap roti yang tak elok kilang bakar balik jadi "roti kok"
ala roti yang rangup ditabur dengan gula.

apa yang aku nak katakan dalam hidup juga ada peluang kali ke-2
antara dapat atau tidak sahaja
aku mengharap aku mendapat peluang ke-2 itu sebaiknya

1 comment:

Shokat said...

Chill dude, everything happens for so many reasons. =)