Wednesday, May 26

Transisi Kehidupan

Bismillah..

tersenyum lebar selepas melihat album gambar zaman2 kegemilangan camera analog yg dinaikturun oleh sepupu... itu gambar ketika aku masih budak hingusan selalu dibuli oleh abang2 sepupu yg lagi besar dari aku.. tapi best jumpa dikampung bermain tugu2, main mercun & lepak kat gazebo yang arwah atuk buat.. sekarang atuk dah tiada.. gazebo pun dah xde..

zaman dah berlalukan... semua dah besar2.. ada kerjaya sendiri, yang dah berkahwin, menuntut ilmu dimenara gading.. semua ada haluan sendiri.. nak main tugu2 pun nanti ada yang patah riuk..
walaupun aku merasa "alah baru awal 20'an" tapi melihat gambar2 tersebut aku merasakan banyak perubahan, naik dan turun aku.. daripada bayi yang dilahirkan kurang 3kg kepada pemuda yang besar dari fizikalnya.. selagi kita hidup kita melakukan transisi walaupun tidak menyedarinya..

penulis berbaju melayu biru dihadapan

Tugu Parit Separap

2 comments:

.:dyla lokman:. said...

HAHA. dulu boleh la nak naik atas badan orang. sekarang boleh mati kalau buat camtuh >.<

Hilal Din said...

tau xpa.. haha
dah la diorg sekarang kurus..