cebisan dari kutbah jumaat (USM) 31 dec 2010 (hijrah tahun baru)
Di satu negeri yang diperintah oleh raja yang sangat adil tiba-tiba raksasa muncul untuk memusnahkan negeri tersebut.
raksasa itu mengeluarkan syarat menyuruh raja tersebut menyediakan susu yang banyak kepada raksasa itu dan perlu ada dihadapan istana menjelang subuh esok hari. jika tidak dilaksanakan raksasa itu akan musnahkan negeri itu
dengan kebijaksaan raja yang adil itu dengan mengira jumlah penduduk di dalam negeri untuk menyediakan bekalan susu dan tidak meyusahkan rakyat-rakyat. Raja tersebut dengan adilnya memerintahkan supaya seorang penduduk perlu membawa setitik susu sahaja.
pada subuh berkenaan raja tersebut terperanjat kerana tiada setitik pun susu yang ada didalam bekas susu yang besar itu.
lalu raksasa itu mengamuk dan memusnahkan negeri dan raja tersebut.
mengapa perkara yang mudah seperti itu sukar dilaksanakan oleh rakyat tersebut?
bayangkan raja itu ialah Allah dan raksasa itu maksiat
1.terang-terang perintah Allah yang mudah iaitu solat fardhu 5 waktu pun sukar dilakukan oleh umatnya
makin ditinggalkan adalah.
2.Subuh. ramai yang lalai dengan kemewahan dan kesenangan dunia sehingga melupakan tanggungjawab diawal pagi
3. sikap tak apalah orang lain boleh cover.. sikap itu yang sering berlaku dalam kalangan kita.. terlalu mengharapkan
orang lain dan tidak memikirkan diri sendiri harus melakukannya. sebagai contoh diatas seorang rakyat memikirkan bahawa jika dia tidak membawa setitik susu dan mengharapkan jiran-jirannya membawa segantang susu.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
"Seluruh umat manusia hampir mengelilingi kamu seperti mereka (yang kebuluran) mengelilingi hidangan makanan, lalu seorang sahabat bertanya: Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit, wahai Rasulullah? Jawab Baginda: Tidak, bahkan bilangan kamu amat ramai tetapi kamu adalah laksana buih di lautan. Allah akan mencabut daripada hati seteru atau musuh kehebatan kamu dan menyematkan dalam hati kamu perasaan al-wahn. Lantas sahabat bertanya lagi: Ya Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan al wahn itu? Ujar Baginda: Iaitu cintakan dunia dan takutkan mati."
(Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)
renung-renungkan...
No comments:
Post a Comment