Salam dunia Blogger!
kesengalan aku tidak menyertai Temasya Olahraga Tahunan membawa aku ke program Beach CleanUp di Teluk Bahang yang dianjurkan oleh kelab pusat pengajian aku BioSociety. seawal 8.30 pagi bertolak di padang kawad dan lebih kurang sejam kemudian sampai di Penang National Park. kerja-kerja mengutip sampah bermula di perkampungan nelayan (sangat kotor tempat tersebut) dengan banyak peninggalan seluar tertanam dalam pasir. aku cuak je kalau tarik-tarik seluar tuh jumpa mayat orang. haha satu hal pulak rite..

amek ko siap tongeng2 tarik seluar dlm pasir

baru site A dah berguni2
settle di perkampungan nelayan, kami bergerak ke beberapa site hingga ke MukaHead. MukaHead?? apekah pelik nama... aku tanya kawan aku yang dah buat fieldwork kat sana (aku sem ni baru nak pegi) Mukahead tu nama lighthouse kat sana tapi kami xsampai kat lighthouse tuh la. nak ke sana kena hiking. serius best hiking ditepian pantai.. yang tak best menambah belang kat badan aku la.. haha. sampai kat mukahead seriusly aku tertawan dengan keindahan permandangan tersebut. dengan air laut yang jernih dan damai.

ieka bajet comel

kami sayangkan pantai kami
course-mates
Dah kumpul semua sampah yang kami kutip sepanjang teluk bahang hingga mukahead dan kami timbang sebanyak 263.9kg yang berjaya kami kutip dan guess what tempat yang kami mula-mula bersihkan ada lagi sampah. ini bermakna sebahagian besar sampah bukan dari pelancong di tempat tersebut malah sampah-sampah yang dibuang ke laut (mostly from seberang) hanyut ke kawasan sini. aku tak mahu kaitkan dengan isu agama tapi benda-benda yang diorg hanyutkan ke laut tu hilang macam tu jela. TAK!! benda2 tersebut akan terdampar ke pantai semula. binatang2 kat situ akan makan. lagi-lagi kat taman negara.

sampah-sampah yg berjaya kumpul
aku membebel ni pun untuk diri aku sendiri juga. jangan buang sampah merata. dah ada tong sampah guna jela. kalau ada yang sort for recycle punya lagi bagus. dah mandi kat pantai tuh seluar bawak la balik. tak payahlah nak tanam seluar tu pulak. Credit to Atiqah kamarudin, Teha dan Ammar for the pictures
that all for now.
P/S: rasa rugi pulak tak join tarik tali TOT
No comments:
Post a Comment