percutian semester selama empat bulan aku dipenuhi dengan event universiti seperti NRIC2011 & karnival MASUM UPM 2011. baru-baru ini Kem Pimpin Siswa Lanjutan Siri 3. ada orang kata aku semangat sangat masuk sana masuk sini dalam universiti. mulut orang mana boleh tutup. mereka pun ada passion mereka sendiri.
(penggunaan diorang adalah ditegah dalam penulisan mulai entri ini)
lupakan itu..
Kem Pimpin Siswa Lanjutan adalah rentetan daripada Kem Pimpin Siswa asas untuk pelajar Apex USM. berbeza daripada pimpin siswa asas yang wajib untuk pelajar tahun pertama, kem ini ditawarkan untuk pelajar yang aktif dalam aktiviti persatuan dan kelab. dari segi pengisian dan modul, modul ketahanan fizikal adalah modul wajib dan 3 lagi modul sebagai pilihan. hanya modul kendiri sahaja dapat dilaksanakan pada sidang ini. lengkap satu modul wajib & satu modul pilihan akan diberi sijil dan berpeluang untuk tercalon ke pimpin siswa luar negara.
modul wajib untuk siri 3 kali ini di Sg. Perak. destinasi pertama di kampung Chegar Galah, Sauk. di Chegar Galah kami diberi tugasan untuk membina rakit dan aktiviti water confidence. hari kedua berakit hingga ke check point di JPS Kuala Kangsar. Hari ke-3 berakit juga ke Kuala kenas, kuala kangsar. Hari ke-4 berjalan kaki dari kg. Kuala Kenas ke Hutan Lipur Ulu Kenas jaraknya hampir 8km. yang menariknya kem ini tidak terikat dengan jadual berbanding yang asas dimana memasak dan aktiviti dijalankan sendiri oleh peserta. urusetia hanya bekalkan bahan mentah, alatan memasak dan khemah sahaja.
berikut gambar-gambar di Sg. Perak
habuan selepas penat berakit & menapak (rusa golek)

bergambar sebelum pulang
nantikan part 2 di Pulau Lagenda~







1 comment:
perrghh . hilal ! terbaek wookk ! hehe . follow dah~
Post a Comment