petang tadi lepas kelas, aku dapat unknown massege. mungkin kawan aku yang baru jumpa contact number celcom. so aku reply la msg tuh.. dia kata kawan lama kat sek rendah. fine la tp dia xbagitau nama tp bagi hint untuk aku teka. berdasarkan nama yang aku jawab betul lah kawan (perempuan) yang lama aku cari since form 2 lagi. dia mention yang dia satu kelas dgn aku masa darjah 5b dan 6a. fakta itu memang menguatkan lagi bahawa dia kawan yang terpisah lama yang aku cari. lepas itu sesi membalas mesej tergantung pada sebelah petang. lepas magrib aku mesej balik 'kawan' itu.. tanya la kat mana sekarang, study kat mana..
kepelikan terjadi tika aku menanyakan dimana dia dapat contact no. aku.. dia kata rahsia.. aku petik nama kawan yang sama sek ren yang study kat tempat 'kawan' itu sekali.. tapi dia kata tak kenal.. aku sudah pelik.. lepas tuh dia dia reply lagi aku ni hilal bin ********* ke??.. ternyata nama ayah aku salah tapi dimaafkan pada mulanya mungkin lupa nama ayah aku.. then aku balas mesej dia bahawa rakan aku yang sama study dengan dia ex-ketua pengawas sek ren dan sekelas dengan kami.. ternyata fakta itu meleset dan tidak benar bagi dia, dia mencari Hilal yang sekelas dengan dia masa 6 anggrik(6a) dan bersekolah di sk taman indah, cheras.. walhal aku Hilal yang sekelas dengan perempuan yang sama nama dengan dia di kelas 6 amanah(6a) sk AU keramat...
memang kecewa gila lah.. sebab dia cerita suma sama dengan kawan perempuan yang aku cari..
persoalan sekarang dimanakah kawan perempuan aku itu.. sudah lama aku cari xjumpa2..
nama dia zulaikha, sama kelas dengan aku kat 6amanah, satu badan pengawas, kecik2, selalu kena buli dgn aku sebab aku lagi besar dari dia.. deskmate dia masa kat 6amanah ialah syaqila..
sapa jumpa sila bagitau aku..
moral of the story: tanya dulu mana orang tuh sekolah.. jangan salah sek sudah..
5 comments:
aku ada kawan nama zulaikha gak drjah 5 and 6 dlu. mana dia eyh..
ha3... :)
hahaha lawak la hilal...adoh2...mmg kebetulan btol tp juz slh org ek...wawawa hope u'll find ur fren 1day ;)
sediy dow aku~~~
masih ade pluang nk brjmpe kmbali
lets time change everything
Post a Comment